Tuesday, October 21, 2008

Budak-budak semua ada..!!!

itu adalah ungkapan yg mmg biasa bila aku bertanya pada kawan² aku. aku tanya..'siapa ada lagik ?' then member aku jawab..'budak² semua ada'. haha. padahal bukan semua ada. aku berkawan dgn apis, farouque, juzid, shahril, pa'e, am (man), lempeng dan pak itam mmg dah lama. terlampau byk kenangan kitaorang. ada yg manis..pahit tue ada lah jugak tp jarang lah. hehe. apa yg best pasal kawan² aku kat melaka nie. bila dikutuk, dimaki, dihamun diorang tak pernah simpan dalam hati. itu yg kadang² jadik melampau bila mengutuk org. kalau member² dalam kesusahan pun ada yg akan membantu. teringat time sekolah dulu. kitaorang sama² belajar di Malacca High School. salah sebuah sekolah elit kat melaka. perghh..hahaha. mmg cukup susah nak belajar. sampai cikgu² naik menyampah. terfikir jugak apalah nak jadik besok bila dah abes sekolah. nak keje apa. alhamdulillah kesemua member² aku menjawat jawatan yg bagus². ada yg jadik pegawai gamen, techician, branch manager dan aku..?? ehem². seorang pereka grafik. haha. aku amat berbangga sbb org² yg cikgu menyampah nielah yg dpt survive dalam kehidupan. walaupun belom kaya² lagik sampai sekarang tp alhamdulillah rezeki tue ada. bila semua dah bekerja dan ada yg dah kawen pastu dah ada anak lagik, aktiviti huha² pun dah kurang. masing² ada komitmen. ada yg dah berhijrah mcm aku, man, apis dan lempeng. tp walau apa pun terjadik, kitaorang ttp akan menjadi kawan², insyAllah sampai bila². mmg terlampau byk kenangan yg nak dikongsikan tp takpelah..karang boring plak korang nak membacanya. okaylah..nielah ada sket gambau..tgk ler yer.

time nie aku gemok..hehe

aksi² poyo aku dan kawan²

bergurau senda..aduuuhhh..benci siot aku..

mmg best lah time nie..

rasa amat gembira dihati..

dari kiri juzid, apis, pak itam dan shahril

teka sape tangkap gambar..??

best..best

nie tempat penginapan sewaktu di pangkor..


siot..aku takde..