Wednesday, October 29, 2008

stadium nasional bkt jalil

sabtu mlm minggu yg lepas iaitu pada 25hb, aku ngan member² dengan bersemangat cintakan negara pegi lah ke stadium nasional bkt jalil untuk menyaksikan perlawanan bolasepak yg hebat di antara negara kita yg tercinta menentang vietnam. dari cheras aku ngan member² bertolak ke bkt jalil. dah le lambat pastu boleh plak silap jalan..maakkaaiihh. alhamdulillah, kitaorang sampai jugak kat bkt jalil tp time tue game pun dah start. pada awal permainan, malaysia agak garang menyerang tp tiada penyudahan. seakan² ada yg tak kena ngan penyerang malaysia. bahagian pertahanan, bagi aku dah cukup mantap ngan gandingan muka lama iaitu norhafiz zamani misbah dan muka baru zafuan adha. bek kanan no 15 tue ntah apa namanya, bagus btol permainannya. samalah ngan bek kiri no 21, mantap. vietnam mmg amat kurang serangannya. jadi sepatutnya, malaysia mengambil peluang ini untuk menjaringkan gol. gandingan safee sali dan zaquan boleh dikatakan baik. indra putra mahyudin juga byk membantu di barisan serangan. cuma masih tumpul lagik serangan negara. aku pun tak tau apsal. dalam perhatian aku, barisan midfield yg hancur lodoh. mintak tolong kepada jurulatih negara, sathia nathan. tolonglah jangan ambil pemain² seperti shukor adan, hairuddin omar. apa fungsi diorang pun aku pun tak tau. dah ler lembab, cocok bola pun ntah kemana². lagi sorang nie, anak kepada bekas pemain selangor, ntah apa ntah nama dia. pakai no 26. mmg tak boleh main bola lah budak tue. yg peliknya, kenapalah si sathia nie tak masuk kan kyrill muhymin. player kedah tue mmg mantap. skill, corak permainan yg tenang. mmg bagus budak tue. tp second half baru dia masuk..adoii. sakit kepala btol lah. apa aku perhatikan, corak serangan malaysia sgt tumpul. mereka seolah² mereka takde idea nak buat satu serangan. pelik btol. vietnam plak byk melengah²kan permainan. sbb diorang tak boleh serang. so, diorang main defensive jelah sampai ke penalti. bila dah sampai penalti, aku malas dah. ini semua bergantung pada luck. aku dah ckp..mmg malaysia kalah punya. aku bengang siot. mintak tolong lah keluarkan player² yg mmg tak boleh main bola iaitu shukor adan, hairuddin omar dan no 26 tue. mintak tolong f.a.m.

0 comments: