Sunday, July 12, 2009

Di Awan Biru...Aacheke..peeewwwwiiittt..!!!

Text ColorAssalamualaikum semua..hari nie duk rilek kat umah then tergerak plak nak update blog. So, aku rasa korang pun dah tgk kad-kad kawen yg eksklusif tue kan. Apalaga..tempah ler mulai sekarang. Hehe. So far perjalanan hidup aku alhamdulillah, everything is going smooth. Tue hari ofis aku dah masuk perabot, benda-benda basic jelah..macam meja, kerusi dan partition. Pastu saja nak bagitau yang aku dah tak sabau nak gi konsert Di Awan Biru..Berbaloi-baloi. Pheeewwwiiit. Korang mesti taunya kan. Tiket semua dah beli, so aku akan pegi ngan member-member aku dari Melaka. Kita rock & roll bebeh. Just nak kongsi ngan korang..tahun lepas aku ngan wife aku (time tue blom kawen lagik - status 'gepren') gi mamak kat kota damansara. So mcm biasa makan dan minum..tiba-tiba brader..aku terpandang sorang mamat tgh tunggu makanan. Aku pandang btol-btol..peeergghhh...AMY SEARCH lah brader. Tanpa segan silu..aku mintak tolong wife aku amek gambau. Memang berbaloi-baloi lah brader. Rock icon tue..mana boleh lepas peluang mcm nie kan. Okaylah..aku nak mandi. Nie ada gambau sket. Wassalam.


Monday, June 29, 2009

The Weddings

Assalamualaikum..alhamdulillah perjalanan aku dari kuantan ke kl berjalan lancar. Saja je nak update..boleh..?? Boleh ke..tak boleh ke..aku pedulik apa. Hahaha. Anyway..tue hari aku ada cakap pasal kad kawen yang company aku buatkan..?? So..hari nie aku just nak tunjuk gambau2 kad yang disediakan oleh company aku. Aku cakap sama korang..ini kad sangat cantik dan berkualiti. Tak percaya..tanya dia..hehehe. Bukannya apa, kad-kad yang company aku buat nie mmg ada kat market cuma beza dari segi harganya. Company aku punya murah GILEEEERRRRR beb..!!! Pasti korang takkan dapat harga mcm nie kat luar tue. Wa jamin sama lu. Disamping tue jugak, company aku menawarkan servis custom design, manalah tau korang nak kitaorang yang design. No hal punyalah. Pastu, korang takyah susah2 nak amek kad korang biler dah siap. Kitaorang yang g hantau nanti. Memang servis yang terbaik dari kami. Perrrgghhh. Jadik kepada korang yang nak kawen 3-4 bulan lagik ke, tahun depan ke, boleh lah kalau nak tgk2 kad kawen kitaorang. Dijamin bermutu tinggi. Okaylah, korang tgklah gambau2 nie eh. Take care. Wassalam.















Sunday, June 28, 2009

Citer Katon..!!!

Mcm biasa hari nie aku nak update blog lagik..ha..ha. So far life aku dan wife tershayang berjalan mcm biasa. Jumaat lepas aku dan isteri gerak balik kuantan..umah mak dan bapak mentua aku. Minggu lepas dah balik..minggu nie balik lagik..mcm damansara-gombak plak eh. Bukannya apa..pasal aku nak balik kuantan minggu nie sbb nak g berkelah ramai2 kat sungai lembing. Pada member2 yg kat melaka tue..sori beb..wa tak balik. Tapi kalau aku balik ke..tak balik ke..serupa gak kan..?? Betol tak kohong..?? Hahahaha. Anyway..back to the story..memang biler balik kuantan mak mentua aku masak macam2. Bertuah aku..hehehe..sebab aku nie kaki makan. Mak mentua aku masak..ikan kerisi masak lemak..sambal ikan bilis..sambal udang..pastu buat bubur kacang letak durian..pastu makan durian..kuih akok..apa lagik eh..?? Errmm..haaa..ikan siakap 'TIGA RASA' yang bawangnya telah ditumis oleh adik ipau aku..kak teh aka eila aka eilalala aka eilashayang aka..apa lagik..?? Memang meriah makanan kat umah mak mentua aku. Pasal berkelah plak..tempat tue nama dia Sungai Lembing aka Pasir Kubor. Tue hari aku dah pegi..tapi kali nie repeat lagik. Air sungai dia mmg sejuk plus menyihatkan sbb ada tumbuhan herba kat sungai tue. Jap lagik aku upload gambau eh. Memang best arr. Kali nie balik kuantan..aktiviti aku agak penuh sket lah. Gi tengok ikan-ikan yg diusahakan oleh bapak mentua aku kat batu 6. Alhamdulillah..ikan-ikan tue semua still hidup dan melompat2. Pastu bawak anak2 buah aku yang 2 orang tue g Telok Chempedak. Jalan-jalan kat tepi laut sambil makan ais krim mcD dan asam..makan lagik..!!! Mcm2 lah berlaku lagik sepanjang aku balik kuantan nie. Kalau aku citer pun bukan korang nak baca..btol..?? Heheheh..Anyway saper yg sudi spend time nak baca..nak tgk blog aku nie..terima kasih lah yerk. Nanti senang2 aku update lagik..dan nie ada sket gambau utk korang tgk. Selamat..wassalam.

aku tak tau nak buat pose apa..

ini isteri aku..dia tiru pose aku..hehehe..

apalaga..makan lah..lapau nie..

abg ipau aku ngan anak dia..nysha..siap boleh posing tue..!!!

yang nie lagik sorang..Es namanya..pun sempat posing gak..adoiii...!!!

ehem-ehem..kena cover gak beb..ngan tuala pun tuala lah..maintain cun..hehe

aksi tak berapa bebas dari khayrany dan adik ipau aku..!!!

bapak dan mak mentua aku..time nie bapak mentua aku belanja makan..!!!

aku.isteri.nysha @ TELOK CHEMPEDAK, KUANTAN

Thursday, June 25, 2009

Kementerian Belia & Sukan

Assalammualaikum..saja je nak update blog nie. Korang yg sudi baca nie..amacam..?? Okay ka..?? Hopefully everything is going fine. Anyway..pasal tajuk post aku tue..bukannya apa, tue hari aku g kementerian belia & sukan kat putrajaya. Aku pegi sana sebab KBS ada order beg ngan company aku. So, aku ngan partner aku pegi lah kilang nak amek beg tue. KBS order 3000 pcs, so aku budget boleh boleh muat kete aku. Biler aku sampai kilang..perrggghh..kalau aku bawak kete Mitsubishi Triton pun blom tentu muat. Aku ngan partner aku dah blank. Apa nak buat nie..?? Dari kilang ke putrajaya mmg jauh. Pikir punya pikir..aku saja ckp ngan tokey kilang tue yg aku nak pinjam lori dia. Dia tak kisah..tp dia ckp lori tue takde roadtax..tue tak kisah lagik..masalahnya aku takde lesen bawak lori..mcm mana ek..?? Pastu tokey tue ckp lagik yg lori dah uzur..penah kena curik..tingkap sebelah dah pecah..lu berani ke bawak..?? Dia ckp kat aku. Sbb keadaan terdesak, aku kena gak hantar beg tue sebelum pukul 4.30 ptg..sekarang dah pukul 3. Aku kamikaze..aku redah je. Walaupun takde pengalaman langsung bawak lori..aku belasah je. Biler dah loading beg-beg tue dalam lori..aku ngan partner terus g putrajaya. Kalau kena tahan ngan polis..nasiblah..terus terang jelah. Sepanjang perjalanan..aku doa mintak kat Allah S.W.T agar perjalanan aku selamat dan lancar. Alhamdulillah, akhirnya kitaorang sampai gak kat depan pintu KBS kat putrajaya tue. Kitaorang pun angkatlah semua beg-beg tue..penat mmg penat..tp seronok gaklah. Selesai semua..aku ngan partner terus balik ke kilang. Baru aku tau..bawak lori mmg penat. Mcm mana ler brader-brader yg bawak lori besar..treler..lori bawak kontena tue eh..?? Perrgghh raspek lah. Apa2pun aku syukur sbb perjalanan kitaorang pegi dan balik berjalan lancar. Alhamdulillah. Nie ada sket gambau sket ..partner aku amek sebagai bukti aku bawak lori..hahahaha. Wassalam.




Tuesday, June 16, 2009

Bos jalan dulu..tak percaya tanya dia..!!!

salam, setelah sekian lama aku tak meng'update' blog nie..akhirnya aku kecundang jugak. tiba2 aku rasa mcm nak aktif tulis blog balik, aktif lah sangat. setelah berbulan2 aku tak update blog aku, dah mcm2 hal berlaku. dari blom kawen..sekarang dah kawen, dari keje mkn gaji..sekarang dah bikin bisnes sendiri. kira mcm2 perubahan lah. aku bersyukur sbb Allah S.W.T masih panjangkan umur aku dan wife aku yg tershayang..heheh. life aku selepas kawen nie..lebih best dari yg biasa. sendiri paham lah yerk..!!! tapi apa2 pun perubahan besar dalam life aku ialah..pasal bikin bisnes sendiri. dulu asyik takut nak bikin bisnes. dah lah takut, pastu tak tau plak nak buat bisnes apa. dah lah tak tau nak buat bisnes apa, takde modal plak tue. adooiii yaaii. alhamdulillah, Allah Maha Kaya..aku akhirnya buat gak bisnes sendiri. apa bisnes eh..?? bisnes MLM lah...apa laga..!!! takde lah, aku tak reti buat bisnes tue..tp ramai gak member2 approach suh masuk..nak buat mcm mana..aku tak minat. aku buat bisnes printing. haaaa..bermula dari kedai mamak subaidah sebagai ofis sampai lah dah ada ofis sendiri..alhamdulillah. jadik, apa yg korang nak print..?? print pamplet..?? brochure..?? buat buku..?? annual report..?? car sticker..?? motor sticker..?? baju..?? beg..?? apa lagik..?? hehehe..tak lupa gak produk utama iaitu kad kawen..sekarang kitaorang tgh dalam pembikinan nak buat web tp sbb sibuk sgt..kitaorang publish kat blog dulu lah. nanti kalau blog kad kawen kitaorang dah siap..sila2 lah melawat yerk..lepas dah lawat..order lah yerk..heheh. keunikan kad dan kualiti yg sangat bagus..pasti anda akan tertawan..pergghh..!!! orait semua..aku chow dulu..nanti kita sembang2 lagik lah eh..take care. wassalam.

Wednesday, October 29, 2008

stadium nasional bkt jalil

sabtu mlm minggu yg lepas iaitu pada 25hb, aku ngan member² dengan bersemangat cintakan negara pegi lah ke stadium nasional bkt jalil untuk menyaksikan perlawanan bolasepak yg hebat di antara negara kita yg tercinta menentang vietnam. dari cheras aku ngan member² bertolak ke bkt jalil. dah le lambat pastu boleh plak silap jalan..maakkaaiihh. alhamdulillah, kitaorang sampai jugak kat bkt jalil tp time tue game pun dah start. pada awal permainan, malaysia agak garang menyerang tp tiada penyudahan. seakan² ada yg tak kena ngan penyerang malaysia. bahagian pertahanan, bagi aku dah cukup mantap ngan gandingan muka lama iaitu norhafiz zamani misbah dan muka baru zafuan adha. bek kanan no 15 tue ntah apa namanya, bagus btol permainannya. samalah ngan bek kiri no 21, mantap. vietnam mmg amat kurang serangannya. jadi sepatutnya, malaysia mengambil peluang ini untuk menjaringkan gol. gandingan safee sali dan zaquan boleh dikatakan baik. indra putra mahyudin juga byk membantu di barisan serangan. cuma masih tumpul lagik serangan negara. aku pun tak tau apsal. dalam perhatian aku, barisan midfield yg hancur lodoh. mintak tolong kepada jurulatih negara, sathia nathan. tolonglah jangan ambil pemain² seperti shukor adan, hairuddin omar. apa fungsi diorang pun aku pun tak tau. dah ler lembab, cocok bola pun ntah kemana². lagi sorang nie, anak kepada bekas pemain selangor, ntah apa ntah nama dia. pakai no 26. mmg tak boleh main bola lah budak tue. yg peliknya, kenapalah si sathia nie tak masuk kan kyrill muhymin. player kedah tue mmg mantap. skill, corak permainan yg tenang. mmg bagus budak tue. tp second half baru dia masuk..adoii. sakit kepala btol lah. apa aku perhatikan, corak serangan malaysia sgt tumpul. mereka seolah² mereka takde idea nak buat satu serangan. pelik btol. vietnam plak byk melengah²kan permainan. sbb diorang tak boleh serang. so, diorang main defensive jelah sampai ke penalti. bila dah sampai penalti, aku malas dah. ini semua bergantung pada luck. aku dah ckp..mmg malaysia kalah punya. aku bengang siot. mintak tolong lah keluarkan player² yg mmg tak boleh main bola iaitu shukor adan, hairuddin omar dan no 26 tue. mintak tolong f.a.m.

Tuesday, October 21, 2008

Budak-budak semua ada..!!!

itu adalah ungkapan yg mmg biasa bila aku bertanya pada kawan² aku. aku tanya..'siapa ada lagik ?' then member aku jawab..'budak² semua ada'. haha. padahal bukan semua ada. aku berkawan dgn apis, farouque, juzid, shahril, pa'e, am (man), lempeng dan pak itam mmg dah lama. terlampau byk kenangan kitaorang. ada yg manis..pahit tue ada lah jugak tp jarang lah. hehe. apa yg best pasal kawan² aku kat melaka nie. bila dikutuk, dimaki, dihamun diorang tak pernah simpan dalam hati. itu yg kadang² jadik melampau bila mengutuk org. kalau member² dalam kesusahan pun ada yg akan membantu. teringat time sekolah dulu. kitaorang sama² belajar di Malacca High School. salah sebuah sekolah elit kat melaka. perghh..hahaha. mmg cukup susah nak belajar. sampai cikgu² naik menyampah. terfikir jugak apalah nak jadik besok bila dah abes sekolah. nak keje apa. alhamdulillah kesemua member² aku menjawat jawatan yg bagus². ada yg jadik pegawai gamen, techician, branch manager dan aku..?? ehem². seorang pereka grafik. haha. aku amat berbangga sbb org² yg cikgu menyampah nielah yg dpt survive dalam kehidupan. walaupun belom kaya² lagik sampai sekarang tp alhamdulillah rezeki tue ada. bila semua dah bekerja dan ada yg dah kawen pastu dah ada anak lagik, aktiviti huha² pun dah kurang. masing² ada komitmen. ada yg dah berhijrah mcm aku, man, apis dan lempeng. tp walau apa pun terjadik, kitaorang ttp akan menjadi kawan², insyAllah sampai bila². mmg terlampau byk kenangan yg nak dikongsikan tp takpelah..karang boring plak korang nak membacanya. okaylah..nielah ada sket gambau..tgk ler yer.

time nie aku gemok..hehe

aksi² poyo aku dan kawan²

bergurau senda..aduuuhhh..benci siot aku..

mmg best lah time nie..

rasa amat gembira dihati..

dari kiri juzid, apis, pak itam dan shahril

teka sape tangkap gambar..??

best..best

nie tempat penginapan sewaktu di pangkor..


siot..aku takde..